Saban hari, semakin banyak teknologi baru yang dibangunkan manusia. Sebagai contoh, evolusi kapal terbang yang dimulakan oleh Wright bersaudara yang mencipta kapal terbang menggunakan motor yang pertama di dunia.
Saban hari, semakin banyak teknologi baru yang dibangunkan manusia. Sebagai contoh, evolusi kapal terbang yang dimulakan oleh Wright bersaudara yang mencipta kapal terbang menggunakan motor yang pertama di dunia.
Kemudian, teknologi ini berkembang sehinggalah menjadi medium pengangkutan utama merentas negeri, negara dan benua sehinggalah aset penting dalam ketenteraan serta penyelidikan.
Salah satu daripada teknologi yang sedang berkembang pesat adalah teknologi drone. Teknologi tanpa juruterbang ini mampu diaplikasikan ke dalam medium sebesar-besar pesawat sehinggalah sekecil-kecil saiz tapak tangan.
Komponen Asas Drone
Menarik sebenarnya untuk kita ketahui teknologi di sebalik drone ini menerusi komponen-komponen yang ada padanya. Berikut merupakan beberapa komponen asas yang ada pada drone:
1. Quadcopter Air frame
Ia merupakan struktur atau kerangka yang akan menempatkan bahagian-bahagian lain. Penempatan setiap bahagian diambil kira dengan sebaiknya untuk memastikan pusat graviti drone tidak terganggu.
2. Motor
Motor adalah komponen terpenting di dalam drone. Ia akan memberikan thrust force (daya tujahan) kepada drone. Jumlah motor seharusnya sama banyak dengan jumlah propeller yang ada.
Motor juga dipasang supaya ia mudah untuk berpusing mengikut arah yang dikehendaki pengawalnya. Pusingan ini meningkatkan lagi kawalan drone dari segi arah pergerakannya.
3. Electronic Speed Controller (ESC)
Board kawalan elektronik ini memberikan variasi kepada kelajuan motor. Ia juga berfungsi sebagai brek dinamik.
4. Propeller
Ia merupakan kipas yang mencipta tekanan udara berbeza untuk drone. Apabila drone bergerak, ia akan menghasilkan perbezaan tekanan udara di atas dan di bawah rotor. Bahagian atas akan mengalami tekanan yang lebih rendah berbanding bahagian atas sekaligus menghasilkan daya yang mengangkat drone ke atas.
5. Bateri, Elektronik dan Power Distribution Cable
Bateri akan berfungsi sebagai sumber kuasa drone. Ia membekalkan tenaga kepada semua bahagian elektronik yang terdapat di dalam drone menerusi kabel. Jika dahulu, penggunaan bateri jenis Nickel Metal Hybrid atau Nickel Cadmium banyak digunakan.
Namun kini, kebanyakan bateri yang digunakan adalah jenis lithium. Ia mampu menyimpan tenaga yang lebih berbanding jenis bateri terdahulu.
6. Kamera
Untuk video footage, kamera akan dipasang pada drone. Kamera ini mempunyai keupayaan untuk merekod dan merakam. Terdapat banyak jenis kamera dengan kualiti dan keupayaan yang berbeza bergantung kepada bajet pengguna.
Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai teknologi drone.
Semoga bermanfaat!