Kursus Drone Mapping and Surveying diperkenalkan melalui kerjasama The Institute for Drone Technology Australia (Certified Drone Aerial Mapping dan Surveying Proficient - CDAMSP) bakal memenuhi permintaan orang ramai dan majikan mengenai kemahiran penggunaan dron di dalam kerja - kerja pemetaan dan ukur seperti pemetaan 3D, tinjauan tanah, fotogrametri dan ukur topografi dari udara.
Tidak dapat dinafikan teknik konvensional akan terus relevan dan masih mampu memberi ketepatan dalam kerja - kerja pemetaan dan ukur namun dari segi kos dan penggunaan tenaga kerja penggunaan dron adalah cara paling efektif dan semakin diterima ramai.
Persijilan selama 2 hari ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik bagaimana untuk melakukan pemetaan dan ukur dengan lebih tepat. Speksifikasi dron juga perlu diambil kira untuk memastikan setiap misi penerbangan sesuai dengan kaedah pemetaan yang diperlukan oleh pelanggan seperti penggunaan sistem Lidar yang lebih tepat dan pemilihan dron seperti Phantom 4 RTK.
Peserta juga dilatih untuk membuat perancangan penerbangan menggunakan perisian tertentu untuk mendapatkan output yang baik bagi menghasilkan lakaran 2D dan 3D yang berkesan melalui aplikasi memproses imej.
Selain itu keselamatan dan peraturan untuk melakukan pemetaan udara di Malaysia turut menjadi topik utama di dalam kursus ini supaya peserta sentiasa memahami dan mematuhi peraturan sebelum melakukan misi penerbangan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai persijilan ini bolehlah mendapatkan info lanjut di LINK INI.
Iskandar Skills adalah sekolah dron yang banyak memperkenalkan kursus -kursus terbaharu samada berbayar ataupun percuma dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan industri dron tanah air.