Pengenalan Teknologi Drone

 


Drone adalah singkatan kepada Dynamic Remotely Operated Navigation Equipment.

Ia merujuk kepada mana-mana unpiloted aircraft. Mungkin tak ramai daripada kita yang tahu bahawa ia juga dikenali sebagai UAV (Unmanned Aerial Vehicle).

 Bagi kebanyakan daripada kita, teknologi drone banyak digunakan untuk aktiviti ringan dan santai seperti mengambil video. Namun, di negara-negara maju, ia sudah mula digunakan untuk penghantaran sehinggalah operasi ketenteraan.

 Drone yang biasa kita lihat adalah di dalam sebuah saiz yang sama seperti permainan yang menggunakan alat kawalan jauh. Sedangkan teknologi drone yang sebenarnya mampu diaplikasikan di dalam drone sebesar pesawat dan juga sekecil tapak tangan.

Tahap Kawalan Drone

Setiap drone dikawal tanpa juruterbang di dalamnya dan mempunyai beberapa jenis tahap kawalan. Tahap paling rendah adalah drone yang dikawal oleh manusia dari jauh dan tahap tertinggi adalah dikawal oleh sensor dan juga LIDAR detectors.

Penggunaan kedua-dua jenis teknologi ini membantu drone untuk mengira dan menentukan sendiri pergerakannya. Tahap kawalan ini bergantung kepada jenis drone dan juga kegunaannya.

Jarak dan Ketinggian Kawalan Drone

Setiap jenis drone mempunyai had jarak dan ketinggian yang tertentu. Bagi jenis drone jarak dekat, had jaraknya adalah sehingga tiga batu sahaja dan kebanyakannya digunakan untuk aktiviti santai sahaja.

Jenis drone jarak pendek pula mempunyai had jarak sehingga 90 batu dan biasanya digunakan untuk aktiviti pengintipan dan mengumpul maklumat sesebuah kawasan. Drone jarak sederhana pula mempunyai had jarak sehingga 400 batu dan digunakan untuk mengumpul maklumat, kajian saintifik dan kajian meteorologi.

Drone jarak jauh pula dikenali sebagai endurance UAV dan mempunyai keupayaan untuk pergi lebih daripada 400 batu dan 3000 kaki di udara. Ia digunakan untuk aktiviti yang lebih ekstrim dan penting.

Begitulah pentingnya teknologi drone kepada institusi dan individu. Disebabkan ia mampu dikawal tanpa juruterbang dan mampu untuk terbang pada jarak serta ketinggian tertentu, ia menjadi calon terbaik untuk beberapa aktiviti paling susah di dunia ini.

Banyak drone digunakan untuk aktiviti mencari dan menyelamat selepas ribut taufan, memberikan ‘mata’ kepada pihak tentera di udara untuk mengawal sebarang ancaman pengganas atau musuh dan membantu dalam kajian saintifik di kawasan-kawasan yang mempunyai iklim ekstrim.

Ia juga berjaya menjadi salah satu teknologi yang menjadi hiburan kepada ramai individu dan turut menjadi sumber pendapatan kepada jurugambar serta juruvideo. Apa agaknya yang mampu diberikan oleh teknologi drone ini sedikit masa lagi? Sama-sama kita nantikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post