Nak fly dron tidak perlu lesen dan belum dikuatkuasakan lagi buat masa ini tapi ada undang - undang dan peraturan yang perlu kita ketahui.
Firstly, aku bukan nak menakutkan korang semua tapi sebenarnya nak kongsikan kepada rakan - rakan kita yang baru di dalam lapangan dron mengenai peraturan ruang udara di negara kita.
Kepada yang baru lapor diri dah beli dron atau bercita - cita nak beli dron idaman hati jangan give up dengan tulisan ini terus gigih baca sampai habis. Sebenarnya kalau kita kaji balik betul-betul apa yang tertulis di dalam laman web CAAM ( Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia ) dron adalah dibenarkan di Malaysia, tu semua kita kena faham dan tak perlu bimbang investment yang kita dah buat. Just nak share terdapat 15 buah negara yang telah banned rapat penggunaan dron di negara masing - masing termasuklah Brunei dan Sri Lanka mengikut dalam blog ini, boleh baca link ni nanti.
Undang - undang UAS di Malaysia ini sebenarnya lahir dan terbit dari ICAO 1944 dan seterusnya di gazetkan di dalam Akta Penerbangan Awam 1969 dan dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Pengarah seterusnya telah mengeluarkan MCAR 2016. Civil Aviation Directive (CAD) berupa arahan lanjutan dari CEO CAAM juga dikeluarkan dari masa ke semasa bagi menjelaskan secara terperinci aktiviti dan pengoperasian dron berdasarkan annex yang termaktub di dalam Konvensyen Chicago.
Baru-baru ini, India telah pun mengambil langkah drastik menghentikan pengimportan dron serta merta kecuali bagi sektor yang dibenarkan oleh pihak berkuasa bagi memberi laluan kepada industri dron tempatan dan ini memberi kesan negatif kepada penggiat dron hobi di negara itu.
Ya ! dibenarkan tapi ada peraturan yang memerlukan permit penerbangan dan parameternya mengikut kawasan termasuklah hutan simpan yang digazetkan oleh kerajaan.
Peraturan mengikat kita bertujuan untuk memelihara keselamatan, harta, privasi dan ketenteraman diri dan orang lain. Ini kita perlu terima hakikat bahawa semua orang ada hak ke atas benda - benda yang aku sebutkan tadi tak payah fikir jauh, haiwan pun kalau kau fly dekat sarang dia, memang kena angkut berderai dron tu dan kadangkala tak boleh bawak bincang pun. Manusia pun sama lebih - lebih lagi yang datang dari bukan spesis kita peminat dron tegar memang mereka tak faham isi hati dan minat kita.
Kalau korang imbas kembali bagaimana seorang brader ni dikatakan masuk kawasan KLIA dan amik
video dengan Phantom dia pada sekitar tahun 2015. Ni aku bagi link Astro Awani pasal brader ni korang baca la kecoh satu Malaysia masa tu.
Kita pilot dron ni, memang rancaklah kalau dapat shoot video rare macam tu kan ? Adakah brader ni tidak alert mengenai peraturan mengenai dron ? aku tak pasti tapi memang ramai pihak menggelupur termasuk DCA membuat laporan polis selepas kejadian ini. Teruk brader ni kena bantai.
Bayangkan kalaulah dron dia kena sedut dengan enjin jet kapal terbang tu tak tahu apakah nasib kepada pilot dan para penumpangnya. Berapa ramai nanti yang blame tahap security di KLIA sehingga tak dapat kesan kehadiran dron di kawasan berkenaan. Itu belum lagi sentuh pasal menceroboh di kawasan persendirian, guna dron membuat intipan, mengangkut bahan terlarang, menjual maklumat aerial dan sebagainya.
Kita pun pernah dengar seorang budak tercedera di kepala akibat terkena dron sehingga menerima beberapa jahitan. Ada juga laporan dron yang melanggar heli mengakibatkan kecederaan kepada pilot dan kisah dron yang terjatuh di dalam kawasan penjara, masuk dan landing di kawasan pelabuhan serta banyak lagi cerita pasal dron yang tidak pernah disiarkan di media.
Maklumat rasmi dari CAAM mengesahkan satu insiden serius yang membabitkan sebuah drone dengan pesawat kapal terbang di laluan berlepas kawasan aerodrome dengan altitude 500 kaki AMSL. Juruterbang terbabit segera melaporkan kepada Pengawal Trafik Udara (ATC) bertugas dan serterusnya membuat laporan polis mengenai insiden ini.
Terkini, pihak PDRM seedang mengesan individu atau pihak tertentu yang menerbangkan dron sekitar istana pada 10 Mei lalu.
Sebenarnya benda - benda inilah yang ramai penggiat dron marah dan kecewa angkara ketidakpatuhan oleh segelintir remote pilot menyebabkan lebih banyak peraturan baru dikuatkuasakan.
Tak kan korang nak tunggu pihak berkuasa kutip seorang demi seorang angkara menerbangkan dron tanpa kebenaran yang semakin banyak dilaporkan.
Kepada orang awam atau mana - mana pengurusan bangunan/kilang jangan sesekali mengambil jalan mudah untuk menggunakan jammer atau GPS spoofing untuk menjatuhkan dron dengan sesukati sebelum merujuk kepada pihak berwajib kerana kita mungkin menjatuhkan atau membahayakan aset komersial yang sedang beroperasi di kawasan berkenaan.
Ni nak sembang pasal dengan undang - undang ke ?
Aku tak nak sentuh pasal peraturan dan undang - undang tu lagi, Apa yang penting sekarang adalah kesedaran, ianya mesti bermula dari diri kita sendiri sebagai pilot dron kena anggap dron macam kita bawak motor atau kereta, keselamatan adalah nombor 1. Bila sudah pegang remote control, anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dron yang anda terbangkan.
Artikel ini untuk orang baru berjinak -jinak dengan dron, yang otai tak perlu baca takut muak nanti.
Pertama korang kena baca manual dron korang masing - masing dulu, tak perlu nak cepat2 nak felai terus. Bawak la manual tu ke mana - mana korang pergi senang nak refer nanti jika ada masalah.
Kedua hadiri kursus pengendalian dron untuk mantapkan skil dan pengetahuan. Amalan dron Pre-flight checking, In- flight operation dan Post - flight checking perlu kita biasakan. Jika ada persijilan pengendalian drone pun sangat bagus. Bagi aku nak main dron ni kena ada ilmu dan kemahiran dan mengambil masa untuk jadi pilot yang berkompetensi. Rekodkan flight hours yang telah anda lakukan, suatu hari nanti anda mungkin memerlukannya.
Jika ada perlindungan insuran pun sangat manfaat terutamanya kepada usahawan dron (DaaS) yang ingin memohon permit penerbangan, membuat kerja - kerja udara dan permohonan menerbangkan dron untuk latihan contohnya di Area 57, Mranti adalah amat digalakkan untuk memiliki perlindungan insuran.
Di Malaysia penekanan dan kepentingan kepada perlindungan insuran kepada pengguna dron masih lagi rendah kemungkinan insiden dan kemalangan melibatkan dron ini masih lagi rendah atau pihak AAIB di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia tiada menerima input - input atau MOR dari pihak syarikat atau orang ramai.
Kepada pengendali kursus tak perlu over claim kata kursus - kursus dron yang mereka jalankan adalah berupa lesen dron yang menyebabkan orang awam keliru tentang terma lesen, permit, pendaftaran dron dan sijil kompetensi. Adalah dimaklumkan juga buat masa ini Ogos 2022 lesen penerbangan dron belum dikuatkuasakan lagi yang ada hanya permit sahaja dari pihak CAAM itu pun setelah pihak mereka berpuas hati menilai dron, profile pilot itu sendiri, tujuan penerbangan, lakaran misi penerbangan dan lain - lain dokumen sokongan dari agensi terbabit yang lain.
Memang wujud RPTO yang diiktirafkan oleh pihak CAAM seperti UAV Academy of Asia Sdn Bhd, Air Asia Group Berhad, SG Academy dan Aerodyne Geopastial yang bertujuan melahirkan remote pilot komersial yang terlatih sebagaimana yang termaktub di dalam CAD 6011 Part 1 berkaitan dengan penubuhan RPTO.
Last sekali buat research sikit sebelum nak felai area mana, altitude felai dan jarak dengan orang ramai selain radius flight dan LOS pun kena ambil kira. Ingat tu denda RM50,000 atau penjara 3 bulan, aku malas nak panjang lebar pasal denda ni sebab reason utama aku just nak bagi tahu sahabat2 kita aware dan alert mengenai peraturan dron bukan nak takut - takutkan.
FYI, Area Putrajaya, Istana Negara, KLCC, Parlimen pun termasuk area tak boleh felai, if nak jugak felai kena mintak kebenaran melalui Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO), Kementerian Dalam Negeri boleh baca blog AZMISHARIF AERIALS pun terbaik juga siap ada keratan akhbar bagai. Ni panduan lagi aku share kat korang.
Mengikut laman web CAAM bahagian Unmaned Aircraft System UAS , Ok ini adalah dron jenis kebanyakkan yang kita guna atau yang pihak CAAM takrifkan sebagai Small Unmaned Surveillance Aircraft (SUSA) yang ada kamera, mic atau apa - apa jua alat untuk data acquisition bawah 250 grams.
Soalan : Saya mahu menerbangkan pesawat pengawasan tanpa pemandu yang kecil (drone). Adakah saya memerlukan kebenaran?
Jawapan : Kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif diperlukan untuk menerbangkan pesawat pengawasan tanpa pemandu kecil dalam mana-mana keadaan berikut :
Atas mana-mana kawasan yang ditetapkan bermaksud mana-mana kawasan yang digunakan untuk tujuan kediaman, komersial, perindustrian atau rekreasi.
- Dalam 150 meter dari mana-mana kawasan yang ditetapkan
- Atas mana-mana perhimpunan di udara terbuka lebih daripada 1,000 orang
- Dalam 150 meter dari mana-mana perhimpunan di udara terbuka lebih daripada 1,000 orang
- Dalam jarak 50 meter dari mana-mana vesel, kenderaan atau struktur yang tidak berada di bawah kawalan orang yang bertanggungjawab ke atas pesawat berkenaan,
- Dalam 50 meter dari mana-mana orang
- Dalam jarak 30 meter dari mana-mana orang semasa berlepas atau mendarat
Dari statement ni yang aku faham kalau korang nak felai di kawasan kediaman, komersial, perindustrian atau rekreasi, korang kena apply kebenaran atau permit dari CAAM tapi kalau bukan kawasan tu makna tak payah apply. Contoh kalau korang berada kawasan di atas macam kawasan kediaman, rekreasi dan kawasan yang dinyatakan tapi berada jauh lebih 150 meter dari kawasan tu maka tak perlu apply kebenaran. Satu lagi contoh kalau korang nak felai masa kenduri perkahwinan dah tentu orang ramai dan jarak memang dekat. Sah korang kena apply kebenaran dari pelbagai pihak Ini yang aku faham la, kalau silap mohon betulkan. Nak felai jugak, tak nak apply permit, pandai -pandai la nak hidup.
Seperkara lagi adalah radius penerbangan korang jangan kurang dari 9.26km dari lapangan terbang, ini memang jelas diterangkan di dalam CIVIL AVIATION DIRECTIVE – 6011 PART (II) Chapter 4.1.1 (0) yang menyebut All operations must be conducted beyond 9.26km from an aerodrome and only in Class G airspace.
Cara - cara nak apply jika termasuk kategori di atas ?
Semua guna online korang boleh muat turun borang, isi dengan lengkap berserta dokumen2 yang diperlukan lepas tu email balik ke pihak CAAM, korang boleh baca panduan apply kebenaran di blog Mr Han & Mrs Eli macam2 kita kena isi seperti flight hours kita, di mana nak felai, kordinat dia, model dron dan sebagainya.( Cara memohon terkini boleh diperolehi di laman web CAAM.)
Kalau korang cuba nak isi pun memang pening sedikit dan terma - terma yang digunakan bukan level kita orang awam sebab ianya terlalu teknikal dan proses mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan kelulusan dari agensi terbabit.
Penatkan semua ni ? tapi itulah yang perlu kita lalui, kita serius nak maju dalam industri dron tak kiralah kita Content Creator ke, Freelancer nak amik job kecik - kecik macam kenduri kahwin atau YouTubers atau apa jua pun jenis kerja - kerja pengudaraan kita perlulah akur kepada kehendak undang - undang. Jika ada cadangan atau pandangan hendaklah kita salurkanlah melalui kelab atau persatuan dron yang ada di negara kita seperti MUDAS MALAYSIA dan MSAF , MUVA supaya mereka boleh sampaikan kepada pihak berwajib untuk dibincangkan secara professional.
Cuma satu perkara yang tak berapa senang ialah yuran permohonan sebanyak RM250 bagi drone bawah 20kg tu kira tinggi dalam keadaan ekonomi baru nak up ni dan proses dia pun berkait dengan banyak agensi kerajaan contoh PBT, Jabatan Hutan, JUPEM dan sebagainya dan sudah tentu ada bayaran yang perlu kita buat lagi. Nak buat macamana itu SOP mereka dan kalau amik job nanti kita transfer la kos - kos tu kepada klien supaya kita tidak terbeban.
Satu lagi laman web yang korang boleh explore ialah laman web Drone Laws in Malaysia sangat bagus untuk pengetahuan kita. Maaf tulisan dalam bahasa Inggeris jika aku translate pun ke dalam bahasa Malaysia still jika ada kekeliruan kena refer balik ke bahasa Inggeris. Aku bukan arif pasal undang - undang ni tapi ada ler sikit jurus undang - undang dulu masa study tapi jangan tanya la pasal law kat aku pulak, aku bukan law practitioner ok !
Ala sekejap jer pun felai !
Ok bagi geng yang sama macam aku kategori hobi atau rekreasi nak shoot sekejap jer, dron pulak under 250 gram untuk suka -suka jer tak perlu nak mintak permit atau nak register dron bagai, kalau kita felai lebih daripada radius 150 meter dari kawasan kediaman, komersial, industri dan kawasan rekreasi yang dinyatakan diatas.
Namun begitu, jangan lupa kita masih lagi tertakluk dengan kawasan sensitif dan terlarang yang digazetkan tadi, ketinggian jangan lebih dari 120 meter dan pastikan jangan felai kawasan lapangan terbang dan aerodrome. Boleh check dalam apps DJI. Lagi satu dron tu bila felai pastikan kita boleh nampak mana dia terbang (VLOS) dan tiada struktur yang menghalang pandangan kita dengan dron berkenaan
Last sekali pastikan keadaan sekeliling samada dari segi cuaca, gangguan haiwan dan kehadiran manusia.semasa take off, felai dan landing dalam keadaan selamat dan terkawal termasukah persediaan dron untuk felai. Jangan lupa remote pilot itu pun kena sihat badan dan akal fikiran terutamanya bila nak bawa dron majikan.
Sebenarnya mana - mana kursus atau persijilan kompetensi pengendalian dron baik dari SKM atau level RCOCB, Bab undang - undang dan peraturan dron adalah topik penting yang akan jurulatih tekankan.
Namun baru - baru ini pihak CAAM sendiri menjalankan kajian termasuk MSAF telah menjalankan kajian dan roundtable bagi mengutip input - input dari orang awam untuk mengkaji dan memberi cadangan kepada agensi terbabit mengenai kategori Open untuk drone hobi (LRRP), Spesific bagi drone komersial. (RCOCB) dan seterusnya kategori Certified.
Aku sentiasa mengharapkan pihak CAAM atau mana - mana pusat latihan sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada orang awam dari masa ke semasa mengenai peraturan UAV ini kerana apa yang pihak CAAM lakukan ini dengan menyediakan pelbagai arahan dan pekeliling adalah memberi keutamaan kepada keselamatan kita.
Selain itu agar sistem Unmanned Tracking System (UTM) yang pernah disuarakan suatu ketika dulu dapat disegerakan bagi memudahkan individu atau syarikat membuat permohonan ATF dengan cepat dan mudah termasuklah sistem pembayaran online dan kelulusan secara realtime.
Memang aku tak nafikan tulisan ini menyebabkan ada segelintir peminat dron lain kurang senang dan ada juga yang support, terima kasih dan aku ulang sekali lagi bukan nak buat korang susah hati ke atau nak patahkan semangat korang tetapi sebenarnya lebih kepada ingin mendedahkan rakan - rakan baru kita di dalam industri ini untuk memahami apa yang boleh dan apa yang tak boleh yang berkaitan dron ini - @LeemanSpry
P.S. Do not substitute the information you find here for legal advice from a licensed attorney who is authorized to practice in the jurisdiction. When in doubt, contact the local aviation authority responsible for drone safety, utilize a licensed drone service operator, and/or consult a qualified attorney.