Hari Dron Malaysia - Dron semakin hari semakin diterima oleh masyarakat dunia dan kita boleh lihat bagaimana pesawat tanpa pemandu ini membantu urusan kita seharian. Bermula dengan pemetaan sehinggalah kepada pertanian. Ianya adalah satu industri yang pesat membangun.
Bagi meraikan kepentingan dron ini, masyarakat antarabangsa telah memilih 6 Mei setiap tahun sebagai Hari Dron Antarabangsa yang bertujuan meraikan dron serta peminat dengan objektif utamanya untuk meningkatkan kesedaran dan keselamatan penggunaan dron.
Banyak aktiviti boleh dilakukan pada hari berkenaan seperti pameran uav dan aplikasi, penerangan pendidikan dan keselamatan dron, pertunjukkan sukan dron, kegiatan kelab dan sebagainya.Bukan itu sahaja malah pusat latihan dan institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan terlibat berkaitan dengan dron juga boleh turut memainkan peranannya pada acara tahunan ini.
Oleh yang demikian diharapkan ada pihak tampil ke hadapan untuk menyampaikan kepada orang awam mengenai sambutan ini dan berharap suatu masa nanti ianya dapat diraikan di Malaysia dengan nama hari yang tersendiri iaitu Hari Dron Malaysia pada 6 Mei setiap tahun.
Satu undian telah dibuat baru -baru ini di dalam facebook group Kelab Drone Malaysia untuk melihat sambutan ahli KDM terhadap cadangan di atas. Perbincangan awal juga turut dimulakan secara tidak formal dengan pihak MUDAS dan MSAF bagi mendapatkan nasihat.
Jika ada sebarang cadangan bolehlah diajukan di dronmalaysiaofficial@gmail.com