D5 Techdrones Laksanakan Sesi Verifikasi SKM Pengendalian Dron Tahap 2 Batch ke-6

 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2025 – Seramai 7 peserta telah menyempurnakan Sesi Verifikasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengendalian Dron Tahap 2 Batch ke-6 yang dikendalikan oleh D5 Techdrones Services di bawah Pusat Penilaian Amali PPT, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), bertempat di Area 57, MRANTI, Bukit Jalil.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pegawai Pengesahan Luaran (PPL), Tuan Mohd Hasrul bin Mohd Sayuti dan Tuan Sulaiman Osman, Pegawai Penilai (PP) yang bertanggungjawab memastikan proses penilaian dilaksanakan mengikut standard kompetensi yang ditetapkan.

Menurut pihak penganjur, verifikasi ini merangkumi beberapa komponen utama, termasuk penyediaan dron sebelum penerbangan, ujian bertulis, penerbangan manual dan autonomous. Penekanan khusus turut diberikan kepada penyediaan dokumen operasi penting seperti Concept of Operations (ConOps), Emergency Response Plan (ERP), dan Pre-Defined Risk Assessment (PDRA).

“Elemen-elemen ini adalah kritikal bagi memastikan setiap pengendali dron bukan sahaja mahir dari segi teknikal, tetapi juga memahami aspek keselamatan, undang-undang, dan pengurusan risiko sebelum, semasa, dan selepas penerbangan,” ujar wakil D5 Techdrones Services.

Penganjuran sesi ini selaras dengan usaha berterusan untuk melahirkan tenaga kerja bertauliah dalam industri dron tempatan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu atau Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) , sekali gus menyokong perkembangan teknologi dron di Malaysia.

Kapsyen gambar: Peserta Sesi Verifikasi SKM Pengendalian Dron Tahap 2 Batch ke-6 bersama Pegawai Pengesahan Luaran (PPL), Tuan Mohd Hasrul bin Mohd Sayuti, di Area 57, MRANTI, Bukit Jalil.


Post a Comment

Previous Post Next Post