Kriteria Penilaian Dalam Ujian Amali SKM PPT Pengendalian Dron

Kriteria Penilaian (Markah Ujian Amali adalah 80%)
Prestasi calon dinilai berasaskan kriteria berikut :-
1.    Perkara Kritikal
        a)    Penyediaan dron dilakukan dengan sempurna untuk sebelum, semasa dan pasca penerbangan.
        b)    Plan penerbangan diterangkan dengan lengkap
        c)    Pengendalian dron dijalankan dengan selamat dan tatacara penerbangan pada kedudukan yang tepat dan
        d)    Melakukan orientasi penerbangan yang betul bagi menghasilkan data (video/gambar) mengikut tugasan yang ditetapkan.
2. Proses Kerja
    Proses penerbangan bermula daripada penyediaan dron sehingga dron disimpan dengan mengambil  kira aspek - aspek keselamatan.
3. Hasil Kerja
        a)    Plan penerbangan
        b)    Prosedur penerbangan dan proses ERP
        c)    Corak penerbangan dron
        d)    Rakaman video dan gambar
        e)    Penyimpanan dron
4. Sikap/Keselamatan dan Alam Sekitar
        a)     Pematuhan kepada manual dan prosedur penerbangan
        b)    Peralatan dikendalikan mengikut teknik yang betul dan selamat
        c)    Memakai PPE dan bertanggungjawab dalam langkah keselamatan
        d)    Persekitaran dan ruang kerja yang bersih dan kemas sebelum, semasa dan selepas kerja dilaksanakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post