Cara Mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengendalian Dron


Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Pengendalian Dron secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu(PPT) merupakan satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki.


D5 Techdrones Services adalah salah satu Pusat Penilaian Amali bagi SKM PPT untuk Pengendalian Dron Tahap 2 kod H512-001-2:2019 dengan 5 Compentency Unit iaitu :-  

  • Rotary Drone Pre-Flight Preparation 
  • Rotary Drone Post- Flight Preparation 
  • Rotary Drone Maintenance           
  • Rotary Drone Flying Operation      
  • Drone Storage Operation 

    Kepada individu atau organisasi yang berminat untuk mendaftar boleh menghubungi no telefon seperti pada gambar di atas untuk konsultasi seterusnya.

    Kursus persediaan untuk menghadapi ujian amali SKM disediakan kepada calon yang berminat. Antara syarat penyertaan adalah berumur 17 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan mempunyai 2 tahun pengalaman di dalam pengendalian dron.

    Setelah pendaftaran dibuat satu tarikh ujian amali akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi menilai ketrampilan calon melalui ujian lisan dan amali.

    Calon dikehendaki menjawap soalan dan menjalankan arahan amali. Antara soalan amali adalah melaksanakan penerbangan secara manual dan autonomi dengan selamat dan mengikut SOP.


     

    Post a Comment

    Previous Post Next Post