Satu usaha untuk mengumpul pemegang sijil RCOCB dan SKM ( Drone Piloting ) atau seumpamanya di bawah satu jaringan yang dinamakan Drone Operator Network atau nama singkatannya Dronet.
Antara tujuan utama adalah untuk mengumpul pemegang sijil RCOCB dan SKM atau seumpamanya di bawah satu bumbung bagi memudahkan sebaran dan agihan peluang kerja - kerja berkaitan dron di Malaysia.
Pihak MUVA Malaysia sebagai perunding atau penyedia bakat kepada ahli Dronet akan menyalurkan pekerjaan kepada mana - mana ahli yang layak mengikut kesesuaian kerja yang akan dijalankan.
Selain itu pelbagai aktiviti seperti forum, demo session, product knowledge webinar, persijilan RCOCB, kursus dan peluang - peluang lain sebagai jurulatih akan disediakan dari masa ke semasa.
Pelancaran Dronet adalah seperti berikut :-
Tarikh pelancaran: 29hb Julai 2023
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : ILSAS, Kajang, Selangor.
Link RSVP : https://bit.ly/3OjEnKq