Persatuan Drone Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertamanya pada 19hb.Mei 2023 di Pusat Giat MARA, Tambun, Perak. Seramai 50 orang ahli telah hadir ke mesyuarat ini. Di dalam mesyuarat berkenaan pelbagai usul dan ketetapan telah dibuat sebulat suara bagi meningkatkan lagi aktiviti persatuan. Selain itu aktiviti pendaftaran ahli baru, penjualan t-shirt persatuan serta perkongsian ilmu dari ahli - ahli turut diadakan pada mesyuarat ini.
Tuan Hadiman Ariffin telah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Drone Perak serta ahli Jawatankuasanya bagi Penggal 2024 -2026.