Jika dahulu, kebanyakan daripada kita menganggap penggunaan dron hanyalah sebagai salah satu daripada hobi untuk mengisi masa lapang sahaja. Namun, di dalam agensi, jabatan kerajaan dan juga ketenteraan, penggunaannya sangat meluas.
Sehinggakan terlalu banyak peluang pekerjaan dibuka yang berkaitan kemahiran dron. Ada yang boleh dilakukan sebagai freelancer seperti jurugambar dan juruvideo dron sehinggalah ke tugas-tugas yang memerlukan pengendali dron tersebut untuk mempunyai sijil khusus.
Salah sebuah institusi yang menawarkan pensijilan kemahiran dron adalah di Iskandar Skills yang terletak di Johor. Antara perkara menarik mengenai Iskandar Skills adalah:
a. Pertama di Johor
Sijil kemahiran dron yang ditawarkan di sini adalah yang pertama di Johor. Ia juga merupakan kolej TVET pertama di Johor dan Malaysia dengan kelulusan ini. Selain itu, ia juga merupakan yang pertama di Malaysia menggunakan program pembelajaran secara HYBRID iaitu secara bersemuka dan secara online.
b. Fasiliti dan bahan pembelajaran berkualiti tinggi
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ia mempunyai kerjasama di antara universiti tempatan dan juga universiti antarabangsa. Selain itu, para pengajarnya juga merupakan profesional dan pakar industri.
c. Yuran pembelajaran fleksibel
Selain yuran pembelajarannya yang fleksibel, anda juga diberikan rebat khas sehingga 40%. Anda juga boleh belajar sambil bekerja di mana jadual latihannya sangat fleksibel iaitu 3 hari pembelajaran dan 4 hari bekerja sambilan.
Kemahiran Khas dron Yang Ditawarkan
Terdapat empat jenis program berkaitan dron yang ditawarkan di sini iaitu:
1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dron Program (Level 2 dan 3)
Program berbentuk sijil kemahiran ini mempunyai kelayakan akademik yang paling minima sekaligus memudahkan sesiapa sahaja untuk mendapatkannya. Dengan adanya sijil kemahiran ini, lebih mudah untuk anda membina kerjaya anda di dalam bidang teknologi dron.
2. Program Pensijilan Kompetensi Dron RCoC - B yang diiktiraf oleh CAAM
Program ini adalah sesuai untuk operator dron dan graduan yang bakal menjalankan operasi dron di Malaysia kelulusan program tentatif pada bulan April 2022.
3. Program Persijilan Kompetensi Dron
Kursus Modul pendek dengan pensijilan CDMRP/CDPAP + dron RCoC - B yang diiktiraf oleh CAAM. Program ini terbuka kepada syarikat korporat dan individu yang sudah bekerja.
4. PPA/PPT SKM program & RCoC-B
Kursus modular SKM dengan pensijilan RCoC-B yang diiktiraf oleh CAAM. Tempoh kursus ini adalah selama satu bulan.
Untuk informasi lanjut mengenai program-program yang ditawarkan, anda boleh melayari website https://iskandar.edu.my/index.html.