Adakah ini ramalan ? Tapi inilah yang telah digambarkan sejak beberapa tahun lalu yang mengatakan pilot berkenaan telah hilang pekerjaan lantaran fungsi mereka telah diambil alih oleh pesawat kecil tanpa pemandu yang dipanggil dron atau UAV.
Samada benar atau tidak kedua profesion ini masih wujud dan relevan dengan keadaan dan task yang tertentu. Memang tidak dapat dinafikan helikopter mampu terbang jauh dan bertahan lama di udara dan begitu juga dengan jurukamera yang mampu menghasilkan foto dan video yang baik.
Tetapi bagaimana dengan keupayaan pesawat kecil ini ? Sejak beberapa tahun lalu fungsi mereka semakin meluas dari fungsi aerial photography, sektor pertanian dan sehinggalah kepada kententeraan.
Pesawat ini semakin maju dan bakal setanding dengan pesawat konvensional sediaada.
Tahun 2021 kita dikejutkan dengan banjir kilat di beberapa buah negeri.Bagaimanakah keupayaan dron diaktifkan bagi membantu pihak berkuasa membantu lokasi mangsa banjir. Begitu juga keaadaanya di luar negara, dron digunakan bukan sahaja untuk pengangkutan barang malah ada negara menggunakan untuk tujuan pengintipan dan ketenteraan.
Apa pun bakal berlaku, kita harus bersedia untuk tingkatkan kemahiran di dalam teknologi dron ini tidak kira dari mana profesion kita.
Dron adalah kemahiran masa depan.