SG AKADEMI (M) Sdn.Bhd. merupakan RPTO pertama di Johor yang mendapat pengiktirafan oleh CAAM sebagai Approved Training Organisation for Remote Pilot Training Organisation ( ATO - RPTO) sekali gus di dua lokasi iaitu di Kuala Lumpur dan Johor.
Kenyataan ini dibuat melalui hantaran di facebook rasmi Iskandar Skills semalam menyebut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia juga di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia telah meluluskan organisasi ini bagi mengendalikan kursus Remote Pilot Certificate of Competency.
(RCoC-B) yang merupakan persijilan penting ke atas mana - mana pengendali dron yang ingin menerbangkan dron komersial mereka di ruang angkasa Malaysia.
Menurutnya kenyataan itu lagi, biasiswa turut di sediakan kepada golongan B40 berumur 18 tahun ke atas sementara kursus berbayar serendah RM3999 turut diperkenalkan pada Jun ini, khas untuk program ini.
Pengambilan pertama pelajar bagi persijilan ini telah dibuat pada Mac lalu dan bakal dijalankan pada bulan Mei ini.Iskandar Skills merupakan jenama di bawah SG Akademi yang terletak di Medini, Johor. Sebelum ini telah banyak menganjurkan kursus - kursus percuma berkaitan dron seperti Drone Flight Operation, 3D printing & IIot Fundamentals dan seterusnya kursus Maintenance & Repair Multirotor Drone yang akan di adakan pada 23 Mei depan juga secara percuma.