Dron kini bukan sahaja dijadikan hobi di masa lapang tetapi ianya telah berkembang kepada pelbagai penggunaan dalam membantu meningkatkan produktiviti dan kegiatan kehidupan manusia seharian.
Tapi bagaimana alam dan orang sekeliling kita bertinteraksi dengan dron dan pilotnya ?
Alam sudah pasti tidak akan bertolernasi dengan teknologi dron ni, Ianya akan tetap dengan caranya sendiri dengan semula jadi. Jadi pandai - pandailah kita mengikuti rentak kehendak alam ini.
Kita terpaksa akur dengan alam. Angin dan air bukanlah teman rapat kepada pesawat ini. Di kawasan bandar yang padat dan banyak bangunan pencakar langit pun bukanlah tempat mainan yang baik kerana terdapat banyak gangguan RF, NFZ , Geo fencing dan mungkin ada jammer dan sebagainya.
Haiwan juga turut tidak menggemari dengan kehadiran saingan mereka terutamanya di kawasan habitat atau kawasan berhampiran sarang mereka atau mungkin reka bentuk serta warnanya seakan - akan menyerupai mangsa mereka. Mereka juga ada privasi !
Bagaimana dengan manusia ? Ini adalah di antara halangan terbesar kepada penggiat dron, mereka bukan sahaja terpaksa akur dengan hak dan privasi manusia malah terpaksa akur dengan kehendak undang - undang dan peraturan oleh pelbagai pihak, pendek kata ruang udara bukan untuk dron kecuali dengan kebenaran. Bukan semua jiran gembira sebeanrnya melihat pesawat kecil dengan kamera tepasang terbang melintasi bumbung rumah mereka. Ini semua perlu kita fikirkan sebelum kita berkecimpung dengan dunia dron ini.
Tepuk dada tanya selera, Dron ada kebaikan dan keburukannya, seharusnya apabila kita sudah memiliki dron, jangan lupa melengkapi diri dengan ilmu mengendalikan dron supaya alam dan manusia menghormati kehadiran kita.