Aku ni nubis memang aku akan recce dulu area yang aku nak felai.
Setakat ni aku banyak felai kawasan berair al maklumlah drone aku ni jenis amphibia memang habitatnya begitu. Kalau tak cecah air tak sah.
Ada satu area tu di sebuah kawasan hutan simpan sampai aku call jabatan perhutanan nak mintak izin felai dan amik video.Dipendekkan cerita aku kena buat surat tapi disebabkan aku ni solo droner bukan buat bisnes or under company jadi mereka benarkan dengan syarat di luarkan kawasan yang diwartakan.
Itu pun aku masih was -was dengan area tu, dibuatnya jatuh tetiba dalam air ke atau jatuh dalam hutan tebal tak naya Pak Karim.! Minggu lepas aku masuk ke kawasan tu recce lagi, jauh jugak berjalan area tu dalam 1-2 jam tengok kalau jatuh nak amik macamana ? sampai aku beli joran la kot2 dia buat hal jatuh dalam tasek, ada jugak la cara aku nak kaih dia nanti.
Semalam pergi lagi kali ni bon asyik meronda jer area tu mana la tau kan tu belum amik kira abang long kawasan takut kena angkut pulak.
Sebenarnya macam2 kena tengok kot2 ada telco tower kat situ ka, semua bermain difikiran. Kalau dalam kawasan bandar yang banyak bangunan pencakar langit banyak hal kena tengok kan.
Apa - apa pun gais, atas nama hobi kita perlu utamakan keselamatan diri dan orang lain. Kalau ditakdirkan pergi tak kembali lagi terimalah dengan redho itu tandanya ada harapan dapat drone baru atau suruh kita stop aje.