Ramai kawan2 dari KDM kata ini UFO bukan drone tapi drone sebenar adalah pemadam papan hitam. Apa pun impact tetap sama auto lagging dalam beberapa minit, anda akan pitam sekejap tapi ada kalanya parah boleh membawak kepada penggunaan ubat penenang sepanjang hayat kalau terkena yang versi besi yakni drone in door fpv seperti yang di dalam gambar di ata
s.
Drone out door macam selipar , pemadam papan hitam boleh jugak memberi kesan jangka pendek seperti glowing abok kapor di muka atau bau rumput segar.
Menurut kata mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Denak berkata pengalaman mengenai serangan drone sebegini sering berlaku kepada mereka yang sudah beristeri yang tak reti amik hati isteri dan sering serangan bertukar menjadi lebih ganas jika mangsa terus masuk ke dewan makan dan bertanya lauk apakah hari ini ? Biasanya mangsa tidak sedar diri selepas mengajukan pertanyaan itu dalam beberapa hari setelah koma tahap 3 di hospital.
Drone out door pula tambah beliau yang sekejap - sekejap datang sawan berkata mangsa serangan drone jenis ini kebiasaan akan auto RTH drone itu kepada pilot berkenaan.
Ternyata ramai mangsa bertukar menjadi insan bertaqwa dan berhemah selepas kejadian serangan drone.
Pilot dikenalpasti sebagai golongan wanita profesional walaubagaimana pun tiada laporan rasmi dibuat atas serangan ini.