Ini adalah nasib anak - anak zaman sekarang ! Bersantai di luar dengan aktiviti outdoor kena pilih dan berhati - hati, nak senang kau beli PS5 main la virtual drone atau layang - layang sampai lebam.
Bila aku pergi ke web CAAM memang ada statement pasal layang - layang ni.Aku copy paste bagi korang baca. Seram baii .!! kalau korang teruskan pembacaan mengenai hukum hakam dari agensi kerajaan ini. Kalau kena denda, aduyaaiii menangis bucu katil la kita.
Betul la ada sesetengah member cakap ala tak yah nak gelabah sangat ini isu lama, kalau ikut peraturan itu ini memang tak ke mana la kita tapi sampai bila jugaklah kita nak main sorok2 nak felai pun rasa cemas takut itu ini.
Aku still mengharapkan kepada peminat drone ini diberi sedikit kelonggaran dengan yuran permohonan nak felai dengan harga berpatutan. Khabarnya di US hanya USD5 jer. Waktu - waktu ekonomi nak pulih ni kan semua baru nak panas enjin semula.
Industri drone negara ini semakin berkembang, baru - baru ni UTHM cipta drone terbesar pecah Malaysia Book of Record boleh bawak barang sehingga 200kg, ada yang dah felai ubat ke seberang pulau guna drone, ada yang sukarela guna drone untuk bantu mangsa banjir dan sebagainya. Tak kurang juga anak muda belia kita yang dah jana income sikit2 amik gambar dan video.
Bab educate peminat2 drone ni, aku rasa tak de hal la semua ok jer semua faham dan akur pasal isu keselamatan atau privacy ni dan suruh amik lesen to felai pun mereka sanggup cuma aku terfikir masa depan kita sebagai peminat drone yang memang terlibat dan bercita - cita di dalam konten kreatif, Sukan FPV, Team Recovery dan seumpamanya jika hal -hal ini tidak diberi pertimbangan sewajarnya.
Ni ada aku share youtube link dari ZhafVlog korang boleh tonton sampai habis, rasa malap masa depan aku bila dengar video ini.
Copy paste dari laman web CAAM.
Aerial activities – such as the flying of kites or unmanned aircraft – are becoming
increasingly popular in Malaysia. When flown in the vicinity of an airport or airbase,
they may become a hazardous distraction to pilots especially during take-off and landing
of their aircraft. Depending on their size and composition, these objects may be ingested
by aircraft engines. This may in turn endanger lives and cause harm to the property –
in the air and on the ground. Aerial activities must therefore be conducted with due regard
to aviation safety given Malaysia’s busy airspace and landscape.
Download The Form