Aku tak pernah lalui situasi ini tapi tak tahu la akan datang tapi tak mau la depress sampai jadi macam ni. Macam orang bawak kereta mesti sepanjang hidup dia ada kisah sadis dia seperti hilang kereta atau motor tapi aku cuba bayangkan kalau duit yang dia kumpul selama berbulan2 lepas beli tunjuk dalam facebook flex bagai, esok hilang tenggelam jadi kapal selam.
Memang trauma bai ! Tengok gambar tu tak ke haru , buka mulut depan kipas angin buat bunyi drone !
Nak story skit drone aku ni jenis water sport drone, memang design main kat air. Aku pulak memang jiwa belantara, suka nature dan ala2 national geographic gitu, tu sebab la aku beli Spry+ SwellPro ni padahal DJI sikit punya best ke.
Cuma sesekali aku terbayang, kalau la drone aku ni puncit tengah2 laut ke atau pelepap jatuh atas tasek, sapa nak pi tolong kaih drone aku tu. Terfikir benda ni pun dah buat aku rasa gelabah dah. Minggu lepas aku siap order pancing yang murah2, habuan nak tarik kalau2 dia jatuh dalam sungai , memang la dia boleh float tapi kalau prop dia tersangkut dahan ke tanah, memang tak naik la dia.
Korang ada tips tak ? Kalau drone korang tiba2 jatuh dalam hutan belantara atau sungai.
Cer komen , cer komen